Followers !

Rabu, 3 Ogos 2016

Nasi goreng telur dadar !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Mentang-mentang ada dapur, enak enak saja menjahanamkan dapur  rumah orang ye, haha, tapi KK dah minta izin dengan tuan, alhamdulillah dibenarkan, hehe


Nasi putih semalam ada lebih sikit, jadi KK terus masak nasi goreng bujang, main campak saja apa yang ada kat dapur, tung tang tung tang dah siap


Masalahnya tak nampak nasinya, sebab telur dadar tu besar sangat, telur 2 biji, haha, nampak tak tamak kat situ, teruk perangai KK ni, haha

KK selak sikit telur tu baru nampak lah, nasi goreng tak tahulah jenis apa tu, tapi bolehlah buat makan sendiri, bagi mak mertua memang tak lepas, haha

Alhamdulillah, rezeki untuk pagi ni, KK sarapan dulu !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan