Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 23 Ogos 2016

Mee segera !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila tekak ni memilih, kita sendiri pun kadang-kadang rela tak makan kan, haha, sebab tak tahu nak makan apa, takkan nak tunggu tekak sampai bercakap, haha


Kalau ikut selera, semua tak nak pula, macam-macam ragam diri kita ni yang cuma kita sendiri saja yang tahu apa sebenarnya diri kita mahukan

Jadi untuk malam ni, kita makan makanan yang tak berapa sihat, haha, makan mee segera, sekali sekala boleh, jangan selalu amal tak elok

Semua pun suka kan, tak kira apa jua jenama, kalau dah melantak tu, sebungkus tup tup dah habis, haha, dalam tak sedar licin mangkuk tu

Nak makan boleh, cuma beringat sikit, badan nak pakai lama, jadi boleh minum air suam banyak sikit lepas tu sebab nak singkirkan mee segera yang kita makan

Cakap banyak tak guna, kita terbentuk dari apa yang kita makan, jadi makanlah, tapi kesihatan kena jaga, jangan diabaikan, sayangi diri anda, huhu

Selamat menjamu selera semua, hehe

2 ulasan:

  1. Betul tu KK.. Memang sedap tapi bahaya kalo jadi habit..
    Kaklong zaman belajar dulu, hujung2 sem je makan sbb dah terpaksa, pitis not enough. Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kak long, tak boleh selalu makan, seminggu sekali tak apa, rosak organ dalam tau

      Padam