Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 30 Ogos 2016

Murtabak mee segera !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Demam-demam pun kena masak untuk diri sendiri, kena juga nak isi perut manja ni, tak masak tak makan pula, bila tak makan tak boleh makan ubat


Jadi kita masaklah sikit, nasiblah ada mee segera lagi, nak buat berkuah bosan pula, jadi kita goreng macam murtabak untuk malam ni, huhu

Bukan susah pun, rendam saja mee dulu, lepas tu ambik telur kacau dgn rencah tu sebatikan, nak tambah bawang pun boleh

Mee dah kembang, campur dengan telur tadi, kacau dan goreng macam lempeng, ratakan dalam kuali, gorenglah sampai masak, siap boleh makan dengan sos cili

Tak ada maknanya nak sambut merdeka bagai tengah demam dgn hidung berair ni, tak ada mood, kejap lagi tidur saja lepas makan ubat, habis cerita, haha

Salam kemerdekaan Malaysia yang ke -59, dah makan ke belum tu? hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan