Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 16 Ogos 2016

4H 3M -MEDAN- (P11) : Bandar Medan & 6 jam kelaparan !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setelah lebih 6 jam perjalanan dari Aek Damanik, akhirnya kami berlima dah sampai di bandar Medan, sampai malam juga, haha


Dah sampai sini, memang sesak, motor, kereta, dan lori sama-sama merempuh jalan raya yang penuh, nasiblah tak dilanggarnya pak polisi yang sedang bertugas tu, haha

Sebelum kita pergi melantak, Mas Ronnie singgah di masjid untuk solat Maghrib, masa ni hujan sangat lebat, berlari masuk masjid, ramailah orang berteduh di masjid



Kami singgah di bandar, kat sini deretan kedai makan dan restoran yang bersusun panjangnya, motif utama nak makan, haha, bayangkan kali terakhir makan pagi tadi

Perut dah bergendang, ayuhlah kita mengisi perut, kat sini kena pandai pilih, sebab kawasan pelancong, jadi arak memang terjual walaupun semua pekerja bertudung, hehe

Tenda Nelayan nama restoran yang kami pilih, tapi kat sini memang ramai, KK pesan mee tomyam, sebab dari Berastagi lagi nak makan, barulah tercapai hajatnya, haha

Arif dengan nasi, Hanie pun makan nasi, Tun pun makan nasi goreng, Mas Ronnie pun makan nasi, KK saja pelik dari orang, total makan untuk malam ni RP 278 ribu

Kalau berjalan di kawasan ni, memang semua pekerja restoran akan promosi kedai makan mereka dan diajak masuk untuk makan disitu, kami dah makan, jadi senyum saja

Ucapkan terima kasih atau angkat saja tangan tu, jangan sibuk nak marah ke apa, kita ditempat orang kena tunjuk sikap baik, orang Malaysia kan semua beradap, hehe






Untuk malam ni, kami menetap di Pasola Guest House, hotel jauh sikit dari bandar, betul-betul terletak di kawasan perumahan, tengah-tengah kawasan rumah orang Medan

Cantik hotel ni, bilik semua baik saja, kami sampai siap tolong angkatkan beg sampai ke bilik, haha, dah macam VIP tau, terkejut KK, dilayan seperti raja, haha

Dah letak beg, siap tolong bukakan penghawa dingin, buka televisyen, hantar sabun, berus gigi dan ubat gigi, wah wah, jadi KK sangat mencadangkan hotel ni untuk menetap jika bermalam di Medan, Indonesia !

Semua dah penat, perut dah kenyang, dah mandi manda semua, si Arif ni dah siap tidur, tak sempat nak bergosip, KK sempatlah juga layan sinetron "Syurga ke-2" tajuknya, haha

Berakhirlah segala perjalanan untuk hari ketiga, esok dah nak balik Malaysia, hati dah berat, tapi kalau ada rezeki datang lagi, hehe, gosip bakal bersambung, hehe

2 ulasan:

  1. Saya nampak MCD.. Hehehe..
    Bestnya layanan hotel macam tu.. Beruntung KK..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, bagai rasa seperti raja sekejap, tapi hotel tu memang terbaik !

      Padam