Followers !

Isnin, 29 Ogos 2016

Jag Mini Comel !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Susahnya lah tak ada gelas nak minum air ni, KK ni memang kuat minum air, yang ada pun gelas kecil saja, takkanlah KK nak terus minum dari botol air 1.5 liter tu, haha


Jadi KK pun semalam pergilah kedai RM 2, nak cari gelas yang berpenutup, senang nak minum air, ada penutup senang, habuk ke tak masuk

Pusing-pusing jumpa pula jag comel ni, eh eh berkenan pula tengoknya, biasa jag macam ni diguna di kedai-kedai hipster kan, baru nampak kelainan


Rembatlah satu, masa kat atas rak tu tak ada pun straw tu, masa nak bayar dia bagi pula straw tu, memang kena sangat, sebab kat penutup tu ada lubang

Balik terus basuh, tak pandang kiri kanan terus guna, haha, RM 2.12 saja, termasuk GST jangan lupa tau, hehe, straw tu nampak macam lolipop, haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan