Followers !

Sabtu, 13 Ogos 2016

4H 3M -MEDAN- (P3) : Nasi Padang Berastagi & Kolam Air Panas Sibayak !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Masih hari pertama di Medan, Indonesia, cerita bersambung dari Part 2, kisah lepas panjat gunung tadi, kami dibawa ke hotel untuk berehat


Kaki dah rasa denyut denyut, haha, dah rasa lain bila berjalan, risau kaki bengkak saja, baru hari pertama, tak nak lah, lama lagi kat Medan ni

Kawasan daerah Berastagi sangat sejuk, boleh kata lebih sejuk dari Cameron Highland, haha, sekali angin bertiup rasa macam nak terbang, sebab kawasan berbukit bukau



Hotel Grand Orri Berastagi hotel kami untuk hari pertama, hotel ni sangat cantik, luas kawasan dikelilingi kawasan pertanian yang pelbagai tanaman

Hotel ni tak ada sebarang kipas atau penghawa dingin, KK pun pelik pada mulanya, takkan berpanas kan tidur malam, tapi segala berubah bila tiba malam, haha

Lobak merah, lobak putih, labu, tomato, jagung dan sebagainya penuh disekeliling hotel ni memang betul kawasan pertanian, suasana sejuk memang memberi tanah yang subur





Sempat lah KK berkeliaran di kawasan hotel ni, haha, sesi fotografi bermula, jalan-jalan tengok sekeliling teruja tengok buah tomato yang besar besar sihat buahnya

Bergilir-gilir bergambar dengan Hanie, yang lain tak nak keluar sibuk nak caj telefon, haha, jadi KK dan Hanie saja yang jalan-jalan tengok kawasan sekeliling

Rehat-rehat dulu kerana jam 8 malam kami akan dibawa untuk makan malam, kawasan daerah Berastagi banyak juga rumah makan Muslim, pilih saja yang mana satu


Nasi Padang memang sangat terkenal di Indonesia, dengan himpunan lauk yang pelbagai, pasti memberi selera kepada sesiapa saja yang melihatnya

Kami dihidangkan lebih kurang 13 jenis lauk, deretan ayam, sayur, sotong dan sebagainya, pastikan tak sentuh semua lauk, nanti dikira, makan berkongsi kongsi saja

Makan berlima bersama Mas Ronnie, makan cuma 5 lauk sahaja, kesemuanya selepas dikira berharga RP 160 ribu, termasuk sekali air KK order segelas, sebab dihidang air kosong saja, KK tambah air manis dingin (tea o ais)

Selepas makan malam tu, kami dibawa pula terjun kolam, haha, mandi kolam air panas Gunung Sibayak, memang menarik dan sangat best, di kedinginan malam, bawa pula rehatkan diri di kolam air panas, nyaman saja

Air panas di kolam ini berasal dari Gunung Sibayak sebab kaki gunung Sibayak hanya bersebelahan saja dengan kawasan kolam air panas ni, malam-malam pun ramai orang

Disini juga terdapat 3 jenis kolam air panas yang membezakan antara kolam-kolam ini adalah tahap kepanasan, kalau rasa nak melecur pergi yang paling panas, haha, tak adalah, gurau saja


Tak lama pun kami disini, sebab mungkin semua penat kan, jadi dalam satu jam saja, dah cukup berendam, si Arif siap buat kuak lentang, haha, jadi tukar baju dan balik hotel

Lepas dah siap mandi belaka, ayuhlah balik ke Hotel Grand Orri Berastagi tadi, rehatkan diri sebab esok nak terjah ke ladang strawberi, hehe

Nantikan episod seterusnya...


4 ulasan:

  1. best tengok awak holiday...berapa kos semua dr sini ke sana ? teringin nak bercuti ke sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh rujuk part terakhir sekali, ada KK beritahu total kos

      Padam
  2. Syok nya hotel dikelilingi kebun sayur.. Sejuk mata memandang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memangs seronok tengok pokok sayur semua segar-segar

      Padam