Followers !

Rabu, 24 Ogos 2016

Lens drop + Lip balm


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam dapatlah singgah di Guardian nak cari barang sikit, nak membeli belah tak boleh lagi, gaji tak masuk, jadi kita beli apa yang perlu sahaja, haha


Semenjak 2-3 minggu ni bibir KK makin teruk, makin hitam dan kering sampai berkuping, sampai tahap bibir pecah, memang dahsyat !

Tak tahu lah punca dari mana, tapi air terlebih minum, jadi jalannya KK beli pelembab bibir, cari yang mana ada promosi, haha, nampak sangat kan, hehe

KK dah cuba, pelembab bibir jenis ni tak ada warna, dan bila sapu dibibir terasa sejuk macam kita letak minyak angin, nyaman rasanya, bibir jadi lembab

Lens drop tu memang perlu sebab KK pemakai tegar kanta lekap, jadi harus ada pelembab mata ni, sebab mata cepat kering, kalau malas pakai cermin mata juga, haha

Beli dua barang pun nak cecah RM 20, sedih tengok duit beterbangan, haha, tapi tak apa, duit boleh dicari, kena kerja lebih keras, huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan