Followers !

Sabtu, 27 Ogos 2016

Cucur Udang Segera !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malas pula pagi tadi, nak masak nasi pun fikir 2-3 kali, kalau masak kan tak berhabis, kalau tak masak kan kebulur, haha, kedai makan jauh, malas nak berjalan


Semua malas KK ni, haha, teruk sangat perangai, nasib menaip entri blog tak malas kan, kalau tak mereput lah bersawang blog buruk ni

Ada lah terjeling plastik cucur udang Adabi tu, haaa, terus tersenyum sebab dapatlah isi perut untuk pagi ni, hehe, terus panaskan minyak

Bancuh air saja, dan goreng sampai garing, KK punya tu sikit lagi nak hangus sebenarnya, haha, sebab KK nak betul-betul garing, haha

Alhamdulillah, rezeki untuk pagi tadi, tapi baru bercerita, cucur tu dah lebur dalam perut dah, haha, kejap lagi nak makan apa untuk isi perut, huwaaa !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan