Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 20 Oktober 2016

Baju tak siap lagi !



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sesi meluahkan perasaan yang terbuku dan diberikan harapan palsu selama 4 hari menantikan perkara yang membuatkan darah kita boleh mendidih sebab marah, haha


Al-kisahnya, KK ada hantar kurta dengan seluar untuk di ubah, kurta tu KK nak kecilkan lengan sedikit, dengan letak butang kat pergelangan tangan tu

Seluar tu nak potong kaki saja, bukan apa pun, tapi yelahkan kita menganggap akak tu banyak tempahan baju untuk disiapkan, husnuzon dan sabar

Masalahnya, KK dah hantar hari Isnin, dia cakap kalau tak nak segera, Rabu siaplah sebab akak banyak tempahan, dan KK setuju hari Rabu dalam jam 3 petang nak ambil

Semalam KK lupa, jadi pergi harini dalam jam 3:30 petang, dan tak siap lagi, macam mana tu, 4 hari dah tau, Ahad depan KK nak pakai dah kurta tu sebab kawan kahwin

KK saja tadi cakap hari Sabtu ni dah nak pakai, sebab akak tu nak suruh ambil hari Isnin, haha, kelakar sangat kan, memang tak kelakar akak, nak marah tu entahlah, sabar

Akak tu cakap esoklah ambil, petang juga dalam jam 4 petang, KK hari Sabtu dah tak ada sini, nak balik dah, baju tu tak kisah lagi, seluar tu nak pakai dulu Sabtu ni

Berharapnya esok dah siap seperti akak tu dah janji, kalau tak siap juga, KK bakar kedai dia, hahaha, tak adalah, saja bergurau, hehe, sekian luahan perasan yang terbuku di hati KK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan