Followers !

Rabu, 19 Oktober 2016

Telur + Kicap


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Entahlah nak masak apa, kalau tak masak nasi kan, kat dapur tu tak ada apapun yang boleh dibuat, tepung adalah, takkan hari-hari nak makan cekodok, hahaha


Masak juga nasi, tapi lauknya tidak, KK beli kentang saja semalam, esoklah nak masak kentang masak pedas, memang sedap sebab dah lama tak makan kan, hehe

Akhirnya goreng telur saja, goreng bilis sikit, yg seketul tu ikan sardin sekerat semalam ada lebih sikit, KK goreng sebab nak habiskan, elok lagi

Petang-petang nanti masih difikirkan nak masak apa pula lauknya, nasi banyak lagi tu, kalau tak habis esok boleh buat nasi goreng, hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan