Followers !

Sabtu, 8 Oktober 2016

Sambal tempe dan bilis


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dari semalam memikirkan nak masak apalah pagi ni, haha, lepas berfikir panjang, sambil berangan nak makan budu yang tak jadi, akhirnya KK pilih tempe, senang


Pagi tadi lepas dah siapkan perbaharui lesen, KK singgah di pasaraya beli tempe dengan bilis sikit, cili kisar dah ada, balik terus masak

Sebelum masak tempe tu, masak nasi dulu, lepas dah siap tanak nasi, barulah goreng tempe dengan ikan bilis bagi garing-garing baru sedap, dah masak angkat dan toskan

Lepas tu tumis bawang sikit, dah agak naik bau tu masuk saja cili kisar, kacau sampai cili tu masak, letaklah garam dan perasa, nak senang letak juga kiub pati ayam, hahaha

Dah rasa cukup rasa tu, campakkan tempe dan ikan bilis yang digoreng tadi ke dalam kuali dan kacau bagi rata, bagi semua bahan tumis sebati dengan tempe tu

Dah siap tu, ambil nasi panas-panas, dan ceduklah tempe tu, hahaha, baca bismillah dan makan saja, makan kering macam KK tu pun sedap tau, siap tambah lagi, hehe, sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan