Followers !

Ahad, 30 Oktober 2016

Walimatul Urus Amira & Adib


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam adalah hari bahagia salah satu kawan KK yang berkawan dari kecil, tup tup dah jadi isteri orang seorang ni, tak sedar masing-masing dah bekerluarga


Memilih tarikh 29/10/2016 untuk disatukan dan menjadi ratu hati pilihan hati untuk bersama-sama menjalani hidup baru berkeluarga




Majlis dari pagi dengan akad nikah jam 10 pagi, dan sesi berarak pada jam 1.30 petang, majlis disambut meriah dengan para tetamu yang hadir menyerikan majlis

Ramai kawan-kawan dan kenalan, sanak saudara yang hadir menjamu nasi minyak yang dihidangkan, alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sekali





Inilah kedua mempelai yang diraikan semalam, Wan Nur Amira dan Mohd Adib menjadi pilihan hati untuk bersama hingga ke akhir hayat, insyaAllah KK doakan

Kepada Mira, KK doakan sis sentiasa dimurahkan rezeki, sentiasa cantik dan insyaAllah semoga dikurniakan cahaya mata yang comel, hehe, semoga berbahagia sis

Sentiasa disisi suami senang atau susah, setia dibelakang suami, sentiasa mendoakan kebahagian kamu berdua, kita tetap kawan tau, kini dan selamanya, Aminn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan