Followers !

Rabu, 5 Oktober 2016

Tiket parkir bulanan MPK


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila dah ada kereta ni, lagi-lagi bab kawasan meletak kenderaan, kalau di bandar pasti kena bayar, kalau dulu KK di Pekan tak ada pun, senang hidup suka hati, haha


Nasiblah duit parkir bulanan ni boleh di tuntut kembali, kalau tak menangis juga sebab agak mahal sebenarnya kalau nak dibanding dengan Kuantan

Harini KK baru nak guna tiket sebulan ni, haha, sebab semalam kena saman, dah kena saman baru nak sibuk beli yang sebulan, hahaha, belajar dari kesilapan


Nasiblah di Kemaman ni ada "runner", KK minta tolong abang tu belikan, sebab KK tak tahu lokasi Majlis Perbandaran Kemaman, kan sesat juga kat sini, haha

Selesai satu masalah, cekap dan pantas kerja abang runner tu, paling penting upah seikhlas hati, Ya Allah semoga dimurahkan rezeki para "runner" seluruh Malaysia

Kalau di Kemaman, untuk satu jam parkir RM 0.60, satu hari RM 4.00, untuk sebulan RM 80, 3 bulan RM 150 dan untuk 4 bulan RM 220, makin lama makin murah sebenarnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan