Followers !

Khamis, 20 Oktober 2016

Salam Jumaat


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari demi hari sungguh cepat berlalu kan, tak sangka dah masuk hari Jumaat balik, begitulah hari-hari mendatang, masa berjalan seperti sungai mengalir


Baiklah, harini hari KK bekerja, esok KK dah cuti selama 5 hari, penat kumpul cuti dari awal bulan sampai hujung bulan, haha, tapi berbaloi terus balas dendam, hehe

Kalau jadilah, hari Isnin KK akan ke Skudai untuk bersama-sama meraikan hari graduasi sahabat KK yang telah tamat Diploma, orang belajar, kita saja yang bekerja, haha

Kalau ada tiket, KK akan kesana, kalau tak ada, KK akan terus ke KL lah, mana-mana yang bersesuaian dan kena dengan keadaan, bergantung atas tiket juga sebenarnya

Beg semua dah kemas, pagi esok KK akan balik ke Kuantan, selesaikan apa yang patut dan malam akan lepak bersama kawan kat Kuantan pula, sibuk sungguh, haha



Tiada ulasan:

Catat Ulasan