Spice of My Life

Followers !

Halaman

15/08/2016

4H 3M -MEDAN- (P8) : Nasi Goreng & Pisang Emas & Rumah Bolon


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Masuk pula ke part 8, untuk hari ketiga pula, kiranya esok dah hari terakhir KK dan kawan-kawan di Medan, Indonesia, sedih dah nak balik !

Hotel ni ada kipas, walaupun sejuk, tapi tak sesejuk di Berastagi, cukuplah kipas tu, nanti beku pula kalau sejuk sangat kan, haha

Memang nyaman hirup udara segar bila buka pintu hotel, sejuk macam di Bukit Tinggi, deruan angin tasik memberi kesegaran pagi hari



Untuk sarapan di Hotel Anugerah Togging ni kami disajikan dengan nasi goreng, sama juga hidangan di Hotel Grand Orri Beratagi semalam, tapi lebih sikit, haha, tampak mewah

Dengan buah-buahan dan pisang goreng di pagi hari, tahu tahu saja yang KK suka makan pisang goreng, kalau goreng panas panas, memang membuka selera




Memang sedap pisang goreng ni, rasanya guna pisang emas, sebiji pisang dipotong hujung 3 kerat, dilebarkan dan digoreng celup tepung, memang sedap sebab garing !!

Selepas dah habis melantak pagi, haha, perjalanan ke Rumah Bolon diteruskan, rumah kawasan diraja suku kaum Batak, tak jauh pun dari hotel, dalam 30 minit saja




Ini antara rumah rumah yang terdapat disini, lebih kurang 5 buah rumah termasuk rumah raja, rumah rehat, tempat proses padi dan sebagainya

Masih dijaga dengan baik, kayu-kayu masih lagi utuh, kalau naik ke rumah tu rasa yakin sebab tengok tiang rumah tu teguh, haha, tapi KK gerun juga

Rumah-rumah disini agak tinggi, tangga pula cerun, nak naik tu kena hati-hati,tapi rumah sangat luas sampai ke belakang, sistem pengudaraan yang sangat baik sebab banyak luabng udara





Selesai sudah kita berjalan-jalan di kawasan Rumah Bolon, keunikan tempat ini terdapat disetiap lekuk dan ukiran di dalam rumah masing-masing

Kalau jenis yang belajar seni bina atau seni ukiran ke mesti suka datang sini, KK ni tak berseni tak pandai nak tengok hasil seni bina bagai ni, haha

Dah habis berpusing-pusing, nampaknya kami antara pelawat yang terawal hadir disini, sebab tak ada orang pun masa masuk dalam rumah tu

Perjalanan seterusnya diteruskan ke Aek Damanik pula, mandi air sungai yang sangat jernih seperti kristal, sejuk nyaman airnya, nantikan...kejap lagi sambung gosip, haha

2 ulasan: