Spice of My Life

Followers !

Halaman

18/08/2016

Medan, Indonesia : Total bajet, Itinerari dan Tip !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Entri kali ni khas KK buat untuk memberi pendedahan tentang kos-kos dari mula sampai habis percutian di Medan, Indonesia selama 4 hari 3 malam bersama teman teman


KK akan kira dari segala aspek, bukan sahaja semasa di Medan, malah dari segala sudut duit yang KK laburkan termasuk dari Malaysia, hehe

Persiapan November 2015 - Ogos 2016

[@]Tiket AirAsia = RM 100 ( KL- Kualanamu - KL )
(tiket ni Hanie dah beli awal pada 25/11/2015 lagi, sebab tu dapat murah, ni tiket 2 hala)

[@]Tukar duit Malaysia = RM 200 ( RP 700 000 )
(Duit ni KK minta tolong Arif tukarkan, duit RM turun naik, jadi tak tentu)

[@]Passport = RM 200 ( 5 tahun )
(Passport ni seminggu sebelum tarikh penerbangan baru buat, saat akhir baru buat)

Jumlah [@] : RM 100 + RM 200 + RM 200 = RM 500

Ahad (7/8/2016)

[@]Tiket Bas = RM 22 ( Kuantan - Pekeliling )
(KK dari Kuantan hari Ahad, jadi sampai sana malam, bermalam di KLIA2)

[@]Tambang LRT = RM 2.50 ( Pekeliling - KL Sentral )
(Dari pekeliling ambil LRT sampai ke KL Sentral)

[@]Makan McD = RM 10
(sebelum ke KLIA2, makan McD dulu, bubur dan kentang)

[@]Tambang Uber = RM 80 (KL Sentral - KLIA 2)
(kami sewa Alza, RM80 satu kereta jadi bahagi 4 orang jatuh RM 20 seorang)

Jumlah [@] : RM 22 + RM 2.50 + RM 10 + RM 20 = RM 54.50

Isnin (8/8/2016)

[@]Bayar supir/guider = RM 500 ( FB- Syariza Riza Guide Medan )
(Bayaran ni untuk 4 hari, termasuk penginapan, minyak, tol, pas masuk tempat lawatan, duit kopi, duit tips, kereta dan supir, TAK termasuk makan dan belanja beli belah)
( P/S- kalau pakai supir, makan dan minum supir harus ditanggung selama berkhidmat)

[#]Simkad Telkomsel = RP 75 000 ( simPATI) [+- RM 25]
(Semua beli yang 2GB saja, harga tu untuk data saja, kalau nak buat panggilan kena tambah, tapi cukup saja kalau setakat 4 hari tu)

[#]Nasi Ayam Penyet = RP 145 000 ( 6 orang makan ) [+- RM 12]
(Kami beli yang satu set, nasi dan ada air, RP 145 000 ÷ 4 orang = RP 36 250 seorang, sepatutnya RP 140 000, tapi tambah ais kena caj RP 5 000)
(P/S: masa ni Syariza dan Mas Ronnie ada sekali, jadi kami tanggung)

[#]Nasi Padang = RP 164 000 ( 5 orang makan, 5 lauk ) [+- RM 14]
(Rumah makan di daerah Berastagi, 5 lauk tu ayam bakar, ayam goreng, sotong pedas, paru goreng, dan sayur, KK tambah air manis dingin satu, RP 164 000 ÷ 4 = RP 41 000 seorang)

Jumlah [@] : RM 25 + RM 12 + RM14 = RM 51
Jumlah [#] : RM 500

Selasa (9/8/2016)

[#]Makan tenggahari di Berastagi = RP 164 000 [+- RM 14]
(makan bakso satu dan 4 lagi soto, termasuk kudapan tempe, keropok, air dan siap bungkus lagi tempe 6 keping, kira langsam saja RP 164 ÷ 5 = RP 41 000 seorang)

[#]Makan malam tepi Lake Toba = RP 210 000 [+- RM 17]
(kat sini makan cuma nasi putih, telur dadar, sayur kangkung dan satu lagi jenis sayur sampai kena cekik harga macam tu, minta kurang sikit tak nak bagi)
(P/S: pada mulanya tuan kedai rekomen makan ikan bakar, tapi kami semua tak makan ikan sungai, minta seekor tak nak masak, tak padan, kes tu kot dia nak balas dendam)
(RP 210 000 ÷ 4 = RP 52 500)

[#]Ole-ole di Berastagi = RP 50 000 [+- RM 15]
(Ada singgah di satu kawasan jualan pelbagai barangan untuk pelancong, KK beli keychain satu RP 5 000, sebab murah terus sambar 10 ketul, jadilah RP 50 000)

Jumlah [#] : RM 14 + RM 17 + RM 15 = RM 46

Rabu (10/8/2016)

[#]Makan malam Tenda Nelayan = RP 278 000 [+- RM 21]
(Makan malam di bandar medan, untuk harini tak sempat makan tenggahari, sebab dari Aek Damanik tu terus ke Bandar Medan 6 jam dalam kereta, huhu,
 (P/S : Jadi RP 278 000 ÷ 4 = RP 69 500)

Jumlah [#] : RM 21


Khamis (11/8/2016)

[#]Baju sewa di Istana Maimoon = RP 10 000 [ +- RM 3]
(sewa baju untuk bergambar, boleh tengok di Part 13, sewa sahaja, kamera sendiri, kalau nak bergambar kamera tuan kedai caj lain pula)

[#]T-shirt = RP 70 000 [+- RM 21]
(KK beli dua helai tshirt dewasa dan satu untuk kanak-kanak, yang dewasa sehelai RP 25 000, dan untuk kanak-kanak RP 20 000)

[#]Keychain MEDAN = RP 80 000 [+- RM 24]
(Beli keychain kayu dua paket, satu paket ada 10pc, jadi rembat dua paket terus, sebab keychain kat Berastagi tak cukup, haha, satu paket lagi belanja Arif, jadi 3 paket semua)

[#]Roti + Kudapan = RP 40 000 (Indomaret) [ +- RM 12]
(Disebabkan tak makan tenggahari sebelum balik, singgah di Indomaret beli roti dan biskut sekadar alas perut sebelum pulang ke Malaysia makan di lanpangan terbang saja)

[@]Tiket bas = RM 24.20 (TBS - Kuantan)
(Malam khamis tu KK balik terus, tak jadi balik Jumaat)

[@]KFC di TBS = RM 15 
(Sebelum naik bas balik ke Kuantan, singgah makan dulu sebab semua lapar)

Jumlah [#] : RM 3 + RM 21 + RM 24 + RM 12 = RM 60
Jumlah [@] : RM 39.20

Total dari 7/8 - 11/8 ( Ahad - Khamis )

JUMLAH [@] : RM 1 093. 70
JUMLAH [#] : RM 178 ( duit yang KK tukaran RM ke RP)

Rumusan untuk bajet :-

[#] Duit RM 200 tu KK cuma labur untuk makan, simkad, dan ole ole saja :-
[#] Untuk duit makan, disebabkan bayar sekali untuk supir, jadi kami sepakat untuk kumpul RP 100 000 seorang, sekali kumpul dapat RP 400 000, jadi duit inilah akan buat bayar makan, bila dah nak habis, kami tambah lagi RP 100 000, begitulah sampai hari akhir
[#] Ini idea dua beradik Cik Hanie dan Cik Tun, sebab tu KK cakap mereka ni bagus !
[#] Kalau nak kira satu-satu kan susah, jadi kira sekaligus saja, kami jenis tak kisah
[#] Kadar tukaran RP ke RM tu anggaran sebab duit RM turun naik, jadi tu tak tepat sangat

  • Simkad = RM 25
  • Nasi Ayam Penyet = RM 12
  • Nasi Padang = RM 14
  • Bakso = RM 14
  • Makan di Lake Toba = RM 17
  • Ole-ole Berastagi = RM 15
  • Makan di Tenda Nelayan = RM 21
  • Baju T-shirt = RM 21
  • Baju sewa = RM 3
  • Keychain = RM 24
  • Indomaret = RM 12
  • JUMLAH = RM 178
JUMLAH SEBENAR : +- RM 1 100

 

Pengalaman berada di Medan, Indonesia

  • Jalan raya memang sesak dan padat terutama di kawasan bandar utama, dan bunyi hon itu biasa, jadi orang kat sana dah tahu kalau kena hon mereka terus bagi laluan
  • Kawasan di daerah Berastagi sememangnya majoriti kaum Batak dan beragama Kristian, jadi disepanjang jalan memang ada jual babi bakar atau babi panggang
  • Tetapi ada juga sesetengah kawasan yang majoriti muslim, jadi jangan risau, banyak tempat makan disana, cuma kena pandai pilih, minta tolong supir carikan
  • Jalan raya yang tidak berturap, jalan rosak kadangkala menyukarkan dan melambatkan perjalanan kami disana, jadi harus bersabar sebab kereta macam roller coaster, haha, pening itu biasa, jadi nak selamat tidur saja, haha
  • Jalan sempit hanya 2 hala, lori, kereta, motor, beca, angkot menggunakan jalan yang sama, jadi persaingan kat sini, haha, bergasak lah atas jalan, haha
  • Semasa perjalanan ditengah jalan raya biasa akan ada orang tahan kereta kita, minta derma lah, sumbangan ikhlas lah, itu biasa, dan supir kami yang bayar semua
  • Kalau berhenti di lampu isyarat, memang ada orang berniaga surat khabar, jajan, keropok dan sebagainya, kalau tak nak beli jangan buka tingkap dan senyum saja
  • Duit kopi dan duit tip bersepah kat sana, masuk parkir, keluar parkir, semua ada orang jaga, tapi mereka bantu kita kalau nak cari parkir dan masa nak keluar senang
  • Kebiasaannya menurut Mas Ronnie, mereka melakukan untuk diri mereka, bukan majlis perbandaran pun, jadi duit tu hak milik mereka, mereka pun cari makan juga
  • Tukang jaga kasut kat masjid pun kena sumbangan ikhlas,KK sikit lagi nak hulur duit, tapi supir tolong bayarkan, jadi duit itu segalanya kat sana
  • Peniaga kat sana kalau nampak pelancong memang jadi ramah, pelawa masuk kedai, kalau kita tak nak jalan saja, senyum, jangan sombong, hehe
  • Hotel Grand Orri Berastagi tu tak ada kipas atau penghawa dingin, tapi bila dah malam, rasa macam duduk dalam peti ais, sangat sejuk !
  • Sama juga di kawasan Lake Toba, kawasan berbukit, dan pergunungan memang sejuk, tidur pakai kipas pun dah cukup, boleh demam kalau badan tak kuat
  • Kawasan bandar Medan pula memang panas, haha, macam bandar kat KL tu, pokok pun kurang, dah namanya bandar, jadi nak tidur penghawa dingin diperlukan, hehe

4 ulasan: