Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 17 Mei 2016

Belajar guna Dobi 24/7 "-"


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila berjauhan dengan rumah ni, kena lah berdikari, dari sesuatu yang tak tahu, jadi kena tahu dan perlu belajar, tanya orang kalau tak sesat, haha


Salah satu perkara baru KK belajar ialah guna dobi 24 jam ni, layan diri tau, bukan hantar baju kotor, lempar duit lepas itu balik, ni tunggu sampai siap, haha

KK biasanya 2 minggu sekali basuh baju dan segala pakaian, 2 minggu 2 bakul besar kain, seminggu 1 bakul, biasalah


Rupanya tak susah sebenarnya, senang saja, cuma kena tengok aturan dan cara-cara kat dinding tu, ikut saja, mesti boleh

KK yang pertama kali datang, buat-buat pandai, alhamdulillah, berjaya basuh baju dengan jayanya, sekali dengan sesi pengeringan lagi, hehe

Senang kat sini, dah siap, kering saja, tak perlu nak sidai lagi dah, senang sekarang, ada duit semua boleh jalan ! hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan