Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 30 Mei 2016

Walimatul Urus Anis & Ashraf ( Part 2 )


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bersambung dari Part 1, ayuhlah kita ke babak seterusnya, kepada yang masih tertanya-tanya itu, dan penat berteka teki, gambar diatas itulah raja sehari, sepupu KK


Sepupu belah mak, jiran sebelah rumah dari dalam perut dah, kalau nak panggil, laung saja dari tingkap dapur guna vokal soprano, haha

Untuk kali ni KK sajikan sedikit gambar-gambar masa majlis berlangsung, sepatutnya banyak, tapi KK simpulkan sedikit untuk tatapan semua


Gambar keluarga belah pengantin perempuan, ni baru sikit, sepatutnya banyak lagi disebabkan ramai sibuk melayan tetamu, yang mana KK sempat tarik tangan saja

Tema biru untuk belah keluarga, KK sesat kat situ sebab masuk geng mak jemah jadi bridemaid, haha, jadi ganjil disitu





Ini antara gambar-gambar bridemaid, gambar susahnya nak cukup semua, sepatutnya bridemaid perempuan ada 8 orang dan lelaki 2, tapi entah hilang kemana

Inilah sekadar santapan mata, nak letak semua kiranya entri ke panjang ke bawah sebab gambar saja, yang lain KK simpan untuk peribadi, nanti buat albums

Nantikan Part 3 untuk gambar outdoor pula, tepi pantai saja acah-acah hawaii, haha, banyak juga gambarnya nanti, jadi nantikan !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan