Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 10 Mei 2016

Kanta Lekap Raya !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Orang sibuk nak berpuasa, dia sibuk nak beraya, haha, begitulah semangatnya KK nak raya tahun ni, sebab tahun ni KK dapat cuti raya, huhu


Baru saja sampai semalam kanta lekap ni, semangat sampai beli 3 pasang, satu pasang lagi kawan yang kirimkan, KK tolong belikan

Bukan nak pakai sekarang pun, raya pun lambat lagi, satu pasang tu nanti masa sepupu kahwin nak pakai, sebab KK jadi tuan rumah merangkap penyambut tetamu, haha


Tak sangka dapat pula percuma bekas kanta lekap tu, comel pula tu, sebab bentuk macam oreo, terima kasihlah sebab bagi percuma

Tak sabar nak pakai, entah lawa ke tidak, haha, tengok lah macam mana nantikan, KK sendiri pun tak tahu kena ke tak dengan KK, hentam sajalah labu, haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan