Followers !

Isnin, 9 Mei 2016

Menjahit...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini KK cuti, cuti pun tak kemana, makan tidur berehat mandi semua kat tempat kerja, jadi disinilah menunggu sampai hari nak malam, haha


Esok KK pula yang kerja seorang, esok kawan kerja pula yang cuti, macam itulah hari-hari KK kat sini, jauh dari rumah, dari bandar

Hari-hari cuti ni agak kebosanan, jadi KK pun cari kerja sikit, iaitu ayuhlah kita menjahit, seluar banyak yang ketat, ada juga yang longgar



Yang ketat kita longgarkan, yang longgar kita ketatkan sikit, jimat, tak payah beli seluar baru sebab elok lagi, tak lusuh pun, sayang nak buang

Gambar pertama seluar longgar, KK kepilkan tepi tu dan jahit dari dalam lipatan tu, nak elok jahit kira dan kanan seluar, bagi sama ukuran

Gambar bawah pula seluar ketat, jadi potong sikit belah belakang tu, dan buka sampai bentuk V, ambik kain perca, jahit tampal lubang tu, dan siap

Mudah bukan? kena rajin sikit saja, dan seronok kalau jenis suka menjahit ni, KK ni bosan, bolehlah isi masa sikit dari mengadap telefon saja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan