Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 10 Mei 2016

Kisah 2 bulan menghilang : Bela kucing !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Inilah kesayangan terbaru KK, namanya Oreng, sebab tak tahu sangat bagi nama apa, ikut saja warna badan tu, hehe, jadilah Oreng

Al-kisahnya masa KK masih bekerja di kedai kek dulu, kucing ni selalu datang minta makanan kat belakang kedai, KK selalu belikan makanan kat dia

Makin lama makin sayang pula, Oreng ni pula jinak, pantang panggil berlari datangnya, sampai kenal kitaorang, hari-hari datang tidur bawah meja


Makin lama jatuh sayang pula, Oreng ni jantan, lagipun masa tu KK memang tinggal keseorangan kat rumah, jadi bawa lah si Oreng ni balik

Mula-mula tu dia terkejut juga, sebab tempat baru kan, tak biasa, KK tak bagi keluar, takut sesat kan tak balik, hahaha, lain pula kisahnya nanti

Kucing ni dah besar, bukan anak kucing, taraf bapak kucing dah, tapi KK nak juga bela waima pada mulanya mak membantah

Tapi bila dah KK berpindah ke Pekan atas tuntutan kerja, mak pula terpaksa mengambil alih jaga si Oreng ni, eh eh, tak lama lepas tu, bagi gambar kat KK, mak dah belikan rantai loceng, sayang juga, hari itu tak nak jaga sangat, haha



Gambar ni pula jiran hantar, katanya kucing sesat nak berkawan, haha, saja nak sakat KK, suka tengok Oreng dah mula nak berkawan, sebab dia ni lembik sikit, haha

Rindunya kat Oreng, lama dah tak jenguk dia, macam manalah kat rumah tu, nak balik lambat lagi, tunggu 28 haribulan ni baru balik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan