Followers !

Isnin, 23 Mei 2016

Jumpa doktor...


Asssalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Dah 2 hari KK demam, tak larat sangat, risau pun satu, KK gagahkan diri ke klinik kesihatan yang terdekat, dekat saja, depan pejabat KK kerja, haha


Ramai juga pagi ni, KK ke bilik saringan dulu untuk periksa suhu demam, adalah demam sikit, yang risau tu, tekanan darah tinggi pula, lagilah berdebar

Sampai 3 kali jururawat tu periksa, masih sama keputusan, tekanan darah masih lagi di tahap tidak normal, kemungkinan KK stress dan kurang tidur

Jumpa doktor, ambil ubat dan doktor suruh jaga makan, jangan stress dan kena cukup tidur, makan makanan berkhasiat dan jaga kesihatan

Harap demam KK cepat kebah, sebab majlis dah hari Sabtu ni, kurang seminggu dari sekarang, KK kena kuat ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan