Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 23 Mei 2016

Kisah 2 bulan menghilang : Ujibakat Hero Oven TV3


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kisah yang dah berbulan nak pusing wayang semula, haha, tapi ni kira pengalaman sekali seumur hidup ni jejak ke Seri Pentas TV3


KK ada masuk ujibakat Hero Oven tu, pergilah ke KL seorang diri, dengan dorongan dan semangat kawan-kawan, KK buat berani saja, sebab kawan-kawan, suka suka saja

KK lupa pula tarikhnya, tapi KK datang hari Sabtu, ramai juga dalam 40 orang peserta, semua hebat-hebat sedangkan KK cuma bawa red velvet muffin sahaja, haha


KK tak bergambar, sebab malu, ambil gambar pun curi-curi saja, lagi satu mengantuk sangat, sebab bangun awal, KK tidur saja sebab tunggu giliran

Peserta semua hebat-hebat dan baik-baik belaka, tegur macam dah lama kenal, hehe, ada yang memang kelakar, sampai buat lawak tak habis habis

Jurinya Chef Fikri dan Intan Suraya, KK berdebar sangat, haha, buat apa yang terbaik dan suka suka, tak ambil serius sekadar nak timba pengalaman

Oh, Hero Oven akan bersiaran pada bulan depan, dan KK tak dapat, hehe, tak ada rezeki, kepada kawan-kawan yang dapat, buat sehabis baik okay !


1 ulasan: