Spice of My Life

Followers !

Halaman

16/05/2016

Guru Pembina Negara Bangsa !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saban tahun pasti tanggal 16 Mei tidak akan dilupakan terutama bagi warga pendidik seluruh negara yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa


Sekalung penghargaan kepada warga guru di seluruh dunia KK ucapkan tanpa mengira penat dan lelah selama ini memberi tunjuk ajar

Kalau dulu masa sekolah, suka sangatlah sambut hati guru dengan kawan-kawan, tak belajar satu hari, itu yang sebenarnya, haha

KK sendiri belajar di 4 buah sekolah selama KK hidup sehingga ke pendidikan terakhir iaitu di tingkatan 6, macam-macam kisah, macam-macam ragam

Terima kasih cikgu, selama ni mendidik dengan penuh sabar dan terus sabar dengan perangai KK, haha, sebab KK ni nakal sangat kat sekolah

Tak lupa kepada cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, cikgu memasak, cikgu menjahit, cikgu disiplin, cikgu sekolah memandu, haha, semua itu cikgu bagi KK

Selamat Hari Guru !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan