Followers !

Rabu, 11 Mei 2016

Jemputan Walimatul Urus !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekarang memang musim orang kahwin, dari awal tahun sampai ke sekarang, ada saja yang mendirikan rumah tangga, alhamdulillah, bina masjid ni

Untuk kali ni, KK fokus untuk majlis ni, sebab yang kahwin ni sepupu KK, jiran sebelah rumah dari dalam perut, sebab umur sama, hehe

Tak sangka, hilang seorang lagi sepupu zaman hingusan ni, kalau dulu main sama-sama, pergi sekolah sama-sama, kena marah pun sama-sama, haha



Majlisnya tak lama dah, 3 minggu saja lagi, nanti nak jadi bini orang dah, sekejap nya masa berlalu, masing masing dah besar

Bila sepupu kahwin ni, kita lah nak jadi orang kuat majlis, nak kena jadi briedmaids lagi, haha, kali ni wakil lelaki ada 2 orang, KK dan Arif

Dah siap beli baju semua dah, semangat betul kan, kata nak sedondon, nanti KK cerita pasal baju pula, sebab untuk kawan-kawan ada warna tema, bertema bagai pula

KK pula yang tak sabar, orang lain nak kahwin, macam kita pula pengantinnya, haha, kalau ada jodoh kahwin jelah, tak ada jodoh, redha dan mereput  haha

1 ulasan:

  1. haha bab redha tu bole la..bab mereput tu taknak la

    BalasPadam