Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 18 April 2014

Beli barang di Daiso Kuantan !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu lepas, masa KK jalan-jalan di ECM, sempatlah singgah di Daiso Kuantan, tak niat pun nak masuk dah membeli.



Tapi akhirnya tewas, tiba-tiba terasa nak beli barang, padahal bukan perlu pun, haha, tapi KK suka.


Kali ini KK beli 3 barang sahaja, nasib tak bawa banyak duit, kalau bawa banyak algi, banyak lah habisnya , hehe

KK beli mangga nombor, penimbang yang comel dan plastic paper cover untuk isi KK punya sijil yang berlebihan.


Penimbang ni KK beli sebab comel, hehe, sebab kedua nak timbang, KK kan suka buat kek, penimbang ni tak sampai sekilo, jadi senang nak sukat sukatan yang kecil.


KK juga beli mangga nombor, tak pakai kunci, pakai password pula, kunci bilik banyak sangat pendua, senang pakai yang ada password

Plastik paper cover ni satu paket ada 30 keping, boleh letak kertas dan kepilkan dalam fail, KK nak tambah dalam fail, takkan nak beli fail lain, jadi beli plastik saja dan tambah untuk letak sijil.

Tak saja-saja dah habis RM 15, duit dah tak ada, memang tak best, itulah kalau KK malas nak masuk Daiso, beginilah jadinya, haha.




2 ulasan:

  1. kalau dah masuk daiso memang tak boleh keluar dah. saya yg duduk batu pahat ni smpai sanggup pergi aeon bukit indah dkt skudai sbb nak beli brg kat daiso. heheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, memang tau, setuju dengan Nabihah, KK kadang-kadang malas nak lalu tepi Daiso, mesti rasa nak masuk

      Padam