Spice of My Life

Followers !

Halaman

28/04/2014

Menunggu gaji masuk ?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Biasalah hujung-hujung bulan ni, mesti semua tengah tunggu gaji masuk, sama lah macam KK.



Banyak juga bil nak bayar ni, tapi rasanya gaji bulan ni sikit saja, sebab KK masuk 1 haribulan, gaji dikira dari 20 haribulan yang lepas hingga 20 haribulan sekarang.


Nampaknya gaji KK dianggarkan hanya separuh sahaja, cukuplah untuk bayar motor, bil telefon, dan streamyx.

Tak boleh nak berbelanja sangatlah bulan ni, masih kena kawal dan ikat perut lagi, tunggu bulan depan barulah lega sikit dapat merasa gaji penuh.

Insya Allah, jika tiada aral, masuklah esok gaji, boleh bayar motor dulu, lepastu yang lain pula, esok KK nak pergi semak kat bank, hehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan