Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 19 April 2014

Majlis Pertunangan kakak yang dinanti :)



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini KK tetap kerja, tapi kerja pagi, nasib balik petang, misi semalam untuk kelengkapan majlis pertunangan perlu diteruskan.


Bila KK balik, nampak pelamin dah siap, tak pelamin sangat pun, cuma tirai dan tempat duduk kat bawah, sekadar nak bergambar esok.

Hantaran pula ada yang dah siap, yang belum siap tak tahu lah, haha, ni saja yang dah bersusun cantik tepi dinding.


KK balik kerja tadi rasa macam penat, lepas maghrib tak sedar tidur, astaga, bangun-bangun dah pukul 9:30 malam.

KK pergi kedai nak beli ovallete dengan tepung gandum, nak buat kek minyak 3 biji ! haha, pukul berapa lah siap.


KK juga nak buat cupcake untuk bagi hantaran, guna adunan yang sama, mudah bukan? hehe, sebab nanti nak hias atasnya.

Pukul 3 pagi baru siap 3 biji kek dan 20 cupcakes kecil, penat memang penat, tapi puas hati sampai tak sempat nak ambil gambar kek, haha.


Nampak tak pinggan bertingkat tu? Nanti cupcake KK akan diletak disitu tau, hehe, tak sabar nak bagi tunjuk esok, tunggu.


2 ulasan:

  1. Wah... Tahniah utk kakak awk...
    Sedikit peringatan.. Utk kita bsama...sbb sblm ne sy pun biasa guna astaga.... Jom tukar... Biasakn guna astaghfirullah.. Semoga mksdnya sampai... ;-) selamat bkerja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, Ya Allah, lepas ni KK cuba elakkan guna astaga, terima kasih Alyani sebab mengingatkan :)

      Padam