Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 22 April 2014

Kebakaran di tempat kerja !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alkisahnya semalam, masa tengah KK, Adibah dan Puteri tengah siapkan roti sebelum kedai dibuka, tiba-tiba terdengar bunyi siren.


Kalau dah bunyi, mesti ada kecemasan, dan paling biasa kebakaran. Orang lain tengah sibuk untuk buat persediaan sebelum buka kedai.


Jadi buat tak tahu, dan ada pengumuman mengatakan ada latihan kebakaran, bukan di tempat kerja KK sahaja, tapi satu bangunan beli belah !

Jadi, bila dah siren yang kononnya betul dibunyikan, semualah turun, KK tinggalkan segala roti yang tidak dibakar.


Masa kat bawah tu, ada pihak bomba tunjukkan cara-cara nak padamkan api, dan macam-macamlah, macam kat sekolah dulu.

KK ni asyik fikir pasal roti kat atas, tak siap lagi, banyak lagi kerja, tapi baguslah benda macam ni, buat kita bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan