Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 15 April 2014

Esok masuk shift Afternoon !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ini hari terakhir KK masuk shift pagi untuk minggu ni, sebab esok KK dah mula masuk shift petang.



Jika diikutkan jadual, 3 hari berturut-turut KK akan masuk shift afternoon, iaitu masuk pukul 1 petang dan balik jam 10 malam.

Balik malam ni KK agak kemalasan, haha, banyak cakap pula, KK kena biasakan kerja pagi dan tenggahari, nanti nak dibuatnya KK kerja seorang diri, tahu lah apa yang perlu dibuatkan.

Esok KK masuk tenggahari, jadi tak dapat lah nak rehat dengan Ayza, hehe, dah 2 hari kami rehat sama, bila KK dah kerja petang tak boleh lah, sebab dia kerja pejabat, memang waktu rehat pukul 1 dah tetap.

Yang bagusnya, bolehlah bangun lewat sikit, hehe, sambung tidur balik lepas Subuh tuh, hehe, dalam pukul 10 baru bangun.

Lagi satu, kalau KK kerja petang, biasa bawa bekal sendiri, jimat sikit duit, jadi 3 hari ni, duit dapat dijimatkan dah.


Walau apapun, KK sebenarnya tak kisah masuk pagi atau tenggahari, sama sahaja, asalkan KK gembira :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan