Followers !

Rabu, 16 April 2014

Mungkin tak ada rezeki :(


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sedih juga lah, tapi nak buat macam mana, dah memang bukan rezeki kita, redha sajalah.


Al-kisahnya, harini KK bawa bekal pergi kerja, masa nak rehat tu turun lah ke bilik staff nak makan bekal tu.

KK panaskan dalam microwave dan bila nak keluarkan tu panas, jadi KK pegang hujung sajalah.


Bila nak sampai kat meja, tiba-tiba jatuh dan terburai segala benda dalam tu, nasi jatuh, nasib KK sempat tempis bekas tu, tinggal ayam saja.

Nasi memang terburai di lantai, tinggal ayam saja, mengucap KK, jadi KK pun simpan bekas terus ke food court.

KK pun bergegas ke food court, sebab KK rehat satu jam, bila sampai, tak ramai, sebab KK rehat pukul 6, orang dah kurang, lenggang saja.


Jadi, KK pun order mee hoon tomyam dengan kopi ais, sekejap saja siap, lepas tu makan, huhu, sedap sangat, penuh mangkuk tu, harga memang terbaik !

Harga mee hoon tomyam RM 5.50 dan kopi ais RM 1.80, memang best sangat, dan kopi tu pekat dan kaww habis.



Alhamdulillah, walaupun Allah dah tarik satu rezeki KK, Allah bagi yang lebih baik, alhamdulillah.

Jika kita percaya dengan kuasa Allah jangan bimbang dan khuatir, Allah sentiasa bersama kita :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan