Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 10 September 2016

Berkemas-kemas pulang


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru lepas boleh rehat-rehat sekejap, kemas sikit-sikit dari pagi tadi, KK dah letak setempat, banyak jugalah, haha, tak sangka banyak macam tu barangnya


Baru lepas angkut masuk dalam kereta, 3-4 kali juga berangkut dari tingkat satu turun ke bawah, angkat tilam baju kotor semua, bakul-bakul lagi

Penat sangat, kita buat seorang kan, haha, tua sangat dah rasa badan ni, nampak sangat tak sihat, padahal baru umur 22 tahun,haha

KK minta izin dengan pengurus nak balik awal sikit harini, sebab KK tak berani mana nak pandu kereta malam kan, jadi dapatlah balik pukul 6 petang

Lepas ni tak tahu lagi bila dapat jejak cawangan Kemaman lagi, entah-entah mereput lagi di Pekan, haha, insyaAllah, ada rezeki boleh tukar lagi, hehe

Selamat bercuti semua !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan