Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 25 September 2016

Rezeki tak diduga


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tengah-tengah berangan sebelum tunggu masuk waktu Maghrib tadi, tersentak KK ada orang ketuk pintu pejabat, siapa pula malam-malam ni datang


Biasa malam klien dah kurang, tapi ada lagi, KK bukalah pintu, rupanya kak Syasya, staff Kuantan datang hantar kuih dengan kek

Rupanya harini sambutan hari lahir anaknya, Kak Syasya balik awal, kerja separuh hari saja, sebab nak siapkan persiapan sambutan hari lahir anaknya


Rezeki yang tidak disangka, dapat kek dan kuih-muih seperti donat, krim puff dan kek gula hangus, semua sedap, KK dah rasa semua, hahaha

Terima kasih kak Syasya buat susah-susah saja hantar untuk KK dan Ilham kat sini, kalau ada lagi, boleh saja nak hantar, hahahah, KK terima dengan hati terbuka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan