Followers !

Jumaat, 2 September 2016

Jejari Cinta + Tempe


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Petang-petang ni memang lapar, sebab pagi tadi saja makan, tu pun makan sikit saja, lepas balik dari masjid tadi mulut ni mengunyah muruku tak berhabisan


Tak boleh jadi, sampai lenguh mulut KK makan muruku, KK teringat tempe beli semalam, ingatkan nak masak tempe masak berlada ikan bilis, tapi malas nak masak nasi

KK gorenglah separuh, dapatlah 6 keping, nak goreng semua kan banyak sangat, dengan jejari cinta lagi, siapa nak makan kalau tak habis kan, haha

Nama tu sangat luar biasa kan, apa yang cinta sangat tu, sebenarnya jejari cinta tu kek ikan yang lebih masak nasi goreng semalam, haha, KK potong memanjang dan goreng

Masih guna adunan bater yang sama, yang lebihan tempe tadi, KK celup sekali dengan kek ikan tu dan goreng sampai rangup  baru sedap makam, hehe

Alhamdulillah, rezeki untuk petang ni, yang tengok tengok tu dah makan petang belum?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan