Spice of My Life

Followers !

Halaman

27/09/2016

Daftar sebagai pengundi !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, sebagai warga belia yang berumur 22 tahun pada tahun ini, KK dengan berbangganya memberitahu kepada umum, bahawa KK sudah mendaftar ! haha


Al-maklumlah, baru pertama kali nak menjalankan tanggungjawab kepada negara, berkobar-kobar jiwa ni, haha, kemain lagi nak mengundi ye, hehe

Semalam pagi-pagi KK bangun awal nak pergi "berperang" di pejabat pos Pekan ni, memang ramai betul orang, kaunter ada lima, tapi buka cuma dua, "terbaik" !

Ada jugalah sejam lebih menunggu, akhirnya tiba giliran KK setelah lebih 30 nombor giliran barulah giliran KK, bersabarnya lah, hahaha, sabar demi negara

Sambil tu KK bayar bil air pejabat terus, dan terus mendaftar, cuma berikan kad pengenalan, tunggu dan siap, boleh balik dengan hati yang tenang, hehe

Kepada anak-anak muda yang berumur 21 tahun pada tahun ini, bolehlah pergi ke mana-mana cawangan pejabat pos berdekatan untuk mendaftarkan diri anda supaya layak untuk bersama-sama membuang undi pada pilihanraya akan datang

Tak kisahlah siapa yang anda undi, sekurang-kurangkan anda telah menjalankan tanggungjawab anda kepada negara, bangsa, masyarakat, dan tanah air tercinta

Tinggal lagi berbaki 3 hari sebelum permohonan pengundi baru ditutup di seluruh negara, curi sedikit masa untuk pergi mendaftar, dah daftar tu boleh semak di laman sesawang SPRM dengan cuma memasukkan nombor kad pengenalan sahaja !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan