Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 16 September 2016

Kek Batik VS Kek Marble


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setelah penat berkemas-kemas tadi, buat seorang diri, semua kita kena buat, tak boleh tinggal satu pun, memang nak balik ke Kuantan lagi tak tahu bila


Jadi, kita hadiahkan diri kita dengan santapan jiwa yang menenangkan pastinya benda-benda manis, hehe kek batik ke kek marble?

Dua dua KK telan saja, buatnya pagi tadi, tiba-tiba rajin sangat, entahlah kenapa, sebab bosan kot, haha, dapatlah dua jenis

Kek batik tu sebab ada lebihan biskut marie yang dah lemau, nak buang sayang, nak cicah dengan air tak sedap, jadi kita improvisasi buat kek batik, hehe

Dapatlah sebekas besar ni, lepas dah bahagi-bahagi dengan jiran tetangga, nak bawa ke Pekan esok, boleh makan sambil kerja, haha, patutlah gemuk sekarang KK ni, haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan