Followers !

Ahad, 11 September 2016

Seoul Garden bersama Arif !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kisah bersambung dari al-kisah tengok wayang tadi, KK dah peram perut dari lagi tadi, sebab ada orang tu nak belanja makan kan, hehe


Ingatkan nak belanja makan KFC saja, tak disangka diajaknya makan di Seoul Garden, alhamdulillah, langkah kanan pula rasanya, rezeki jangan ditolak, haha


Makanlah sampai puas, haha, macam-macam ada, pilihlah dan tambahlah banyak mana pun tak ada masalah asalkan jangan membazir tak elok

Ramai yang tanya, berapa harga atau kos kalau makan kat sini? Mahal ke Seoul Garden ni? jadi KK nak beritahu ni, nak kata mahal tu tak juga tapi berbaloi

Masa KK masuk ni dalam jam 6 petang jadi dah kira "Dinner" , harga dewasa RM 41.90++, yang ++ tu tak termasuk air, kuah sup dan GST, jadi sebab tu ada ++

Total KK dan Arif makan tadi RM 97, jadi bersamaan kalau dibahagi dua dapatlah RM 48.50 sekepala, kalau untuk kanak-kanak tak pastu pula harganya


Bayangkan masuk jam 6 petang, pukul 9 malam baru angkat kaki, haha, betul-betul makan dan balas dendam, haha, tak apa nasib orang belanja, hehe

Banyak kali jugalah KK tambah tadi, sebab nak rasa semua, jadi rugi kalau makan sikit, makan perlahan-lahan baru tak cepat kenyang, hehe

Semoga Arif dimurahkan rezeki sentiasa, mana tahu lepas ni dapat makan lagi, hehe, bukan senang kan orang nak belanja kita, rezeki jangan ditolakl

Tiada ulasan:

Catat Ulasan