Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 14 September 2016

Pisang goreng panas !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Petang tadi hujan tiba-tiba kat Beserah ni, patutlah panas sangat pagi tadi nak masuk petang tiba-tiba mendung gelap


Eh tiba-tiba hujan, lebat pula tu, nak kata lama tu lama juga, tapi boleh kata sampai siap KK buat pisang goreng tu, haha

Bila hujan ni lapar saja perut, teringin nak makan sup, tapi malas nak keluar, godek-godek dapur ada pisang sesikat

Apa lagi bancuh tepung beras, buat pekat sikit adunan, sebab pisang tu dah masak, mesti meletup bila goreng, dan api pastikan betul-betul panas

Dapatlah sepinggan, makan sambil tengok televisyen tak sedar habis sepinggan, haha, patutlah KK membesar dengan jayanya, hehe



2 ulasan: