Followers !

Khamis, 8 September 2016

Pisang Goreng !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Susah betul nak jumpa pisang goreng di kawasan Chukai ni, mana-mana pun yang KK pernah pusing tak jumpa lagi gerai yang jual


Lama dah sebenarnya nak makan, teringin sangat sampai termimpi-mimpi, dan semalam masa pergi TMG ada nampak pisang tergantung terus ambil sesikat

Yang ni KK masak semalam, goreng untuk makan malam, sebab lepas makan terus mengantuk sebab kekenyangan, haha, habis sepinggan


Bukan susah pun, bancuh sikit tepung beras dengan air, jgn cair sangat, letak garam dan kunyit sikit, celup pisang dan goreng dengan minyak panas

Goreng sampai garing dan angkat, makan panas-panas memang sedap, lagi-lagi kalau goreng rangup bagi keras sikit, ada kerak kerak lagi sedap !

Pisang ada lagi, petang nanti boleh makan lagi, hehe, bolehlah lepas balik dari masjid nanti kita goreng lagi  hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan