Followers !

Selasa, 27 September 2016

Tukar kad Maybank !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah selesai satu lagi urusan KK disini sebelum berpindah kembali ke Kemaman yang entah berapa lama akan menetap disana, haha


Pagi-pagi dah terpacak depan Maybank, punyalah ramai orang, pukul 8:30 pagi dah beratur, bank buka jam 9:15 pagi, berdirilah kat luar tu macam sardin, haha

KK dapat no 6609, orang yang ke-9, laju tak, haha, nasiblah tak bergasak, orang-orang Pekan semua baik-baik dan beradap, jangan risau, hehe


Mudah saja, beritahu saja nak tukar kad, nanti akan diberi nombor giliran, tunggu sehingga dipanggil, tiada caj dikenakan oleh pihak bank, percuma saja

Cantik tak kad baru ni? berwarna kelabu, ceri tu besar gedabak pula, tapi rona warna tu memang kena dan terang, sangat sesuai dengan perubahan yang dilakukan

Kad lama tu KK minta, haha, pegawai tu tanya, nak buat apa, KK cakap nak simpan buat kenangan, haha, pegawai tu pun gelak, dia tebuk kad tu dan pulangkan balik, hehe

Kepada yang belum tukar, boleh saja datang ke bank terdekat, jangan risau, penukaran kad ni boleh dilakukan sehingga 31 Disember 2016, jangan risau lama lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan