Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 11 September 2016

Rehatkan minda *-*


Assalamualaikum dan Selamat Sejahera,

Bila esok nak raya, ayuhlah kita rehatkan minda yang kusut ni, sekali sekala bolehlah nak tonton cerita kat panggung wayang


Si Arif ni baru sampai malam semalam, jadi harini KK minta teman tengok cerita baru kat wayang, entahlah cerita apa yang ada, haha

Tugas KK untuk raya dah selesai, buat 2 biji kek untuk raya, baru boleh keluar, kalau tak mesti mak membebel juga, haha, tapi dah pujuk dengan kek, hehe


Sampai di Megamall dalam jam 3 petang dah, sebab sebelum tu banyak singgah-singgah macam-macam tempat, jadi agak lewat sampai, tapi keluar dah awal

Sampai saja terus ke GSC, Arif cakap nak tengok cerita kartun, layankan sajalah orang tua ni, haha, nanti kan merajuk, malas pula KK nak memujuk bagai, simbah minyak panas baru tahu, hahahahaha, kejam sangat gayanya, gurau saja, hehehe


Wayang mula jam 4:10 petang, dan habis jam 5:40 petang, sekejap saja dalam 1 jam 30 minit, cerita seronok dan kelakar sangat, sakit perut ketawa dalam panggung

Lepas dah habis tengok wayang, ayuhlah kita cari makan, KK sebenarnya simpan perut dari pagi tadi sebab ada orang KL tu nak belanja makan, haha

Nantikan segmen jalan-jalan cari makan, hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan