Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 7 September 2016

Mee segera sawi !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Mee ramen dah habis petang tadi, hah, jadi malam ni ayuhlah kita langgar pantang sikit, makan mee segera, tak apa bukan selalu, hehe


Rasa nak makan makanan berkuah pula, nak senang inilah makanannya, cuma tak berapa sihat, lagipun bukan selalu, sekali sekala tak ada masalah

Acah-acah sihat letaklah lebihan sayur sawi yang masak mee ramen tadi, KK letak semua sebab tu nampak banyak, memang banyak, haha, nak habiskan

Esok rasa nak makan keuw tiow lah, haha, bolehlah pergi beli esok, beli ayam sikit, dan boleh masak pasti sekali, tak lama dah 2 hari lagi

Dah makan mee segera, banyakkan minum air masak, sebab kita nak singkirkan bahan perasa dan garam berlebihan dalam mee segera tu dari tubuh badan

Barulah sihat, dan jangan makan kerap, dua minggu sekali atau satu minggu sekali pun tak apa, kalau dah rasa teringin tu makan sajalah, tapi air masak kene minum tau

Tak sabar nak balik Kuantan ! haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan