Spice of My Life

Followers !

Halaman

12/03/2014

Daftar permohonan UPU untuk sesi 2014/2015


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu lepas KK dah buat permohonan UPU, no pin dah lama sebenarnya beli, tapi baru nak isi, hehe


Kalau nak isi juga, boleh klik Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Sesi Akademik 2014/2015 atau https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/index.php .


Alhamdulillah, lega bila dah isi, nanti kalau nak buat sebarang perubahan, boleh dibuat kemaskini lagi, insya Allah.

Tapi setakat ni, nampak macam dah baik saja, mungkin boleh lagi, mana tahu keluar keputusan akhir STPM 2013, ada nak buat pertukaran atau penambahbaikan.


Inilah pilihan universiti KK buat, KK malas nak terlebih pilih, sebab pointer KK tak lah sebagus rakan lain, lagipun KK hanya minat bidang itu sahaja.

Pilihan 4 RU (Research University) itu sekadar memenuhkan ruang, tak mampu KK nak masuk U macam tu, tapi kalau rezeki tak salah, KK terima sahaja.

Paling KK fokuskan 3 pilihan pertama, iaitu UiTM dengan pilihan kos seni kulinari, pengurusan pelancongan dan pengurusan hospitaliti.

InsyaAllah, kalau ada rezeki,dapatlah KK jejakkan kaki diantara salah satu universiti diatas :)


2 ulasan: